Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
GUNA-GUNA

GUNA-GUNA, ubat pengasih. Orang Melayu percaya penggunaan jampi mantera dan benda-benda tertentu, semangat seseorang dapat dipuja dan ditakluk sehingga menjadikan seseorang itu terpikat akan si pemuja.

BUDAYAKepercayaan
GUNA TENAGA

Guna tenaga   ialah penggunaan sumber-sumber ekonomi, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha, oleh firma-firma dalam kegiatan pengeluaran barang dan perkhidmatan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
ILMU PENGASIH

ILMU PENGASIH, jampi, azimat, doa, ubat guna-guna dan seumpamanya yang digunakan oleh orang Melayu untuk menanam dan membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap orang lain. Antara ilmu pengasih yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu ialah ilmu tepuk bantal, pemanggil, penunduk dan nasi tangas.

BUDAYAKonsep
MENURUN

MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh.  Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional.  Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai khadam ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit.  Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya.

BUDAYAKaedah
RESIN SINTETIK

Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian

kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian

kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa

yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi

gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk

dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari

sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke

dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang

menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat

dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain,

kertas dan logam.

UMUM
LOMPANG DEFLASI

Lompang deflasi, keadaan permintaan agregat yang kurang daripada penawaran agregat pada tingkat pendapatan guna tenaga penuh.

EKONOMI DAN PENGURUSANKaedah
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada

150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan

satu sistem pembayaran dan perdagangan

antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk

membantu negara anggota mencapai pertumbuhan

ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang

tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak

sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa

dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini

bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan

pertukaran yang teratur antara negara.

IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton

Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada

tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9

bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF

menggunakan tabung itu untuk membantu negara

anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan

pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan

sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak

Pengeluaran Khas (SDR Special Drawing Rights)

sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan

emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an,

IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120

bilion.

UMUM
NIPAH

NIPAH, sejenis pokok tropika daripada keluarga palma yang biasa tumbuh dan ditanam di pinggir sungai yang berlumpur khususnya di muara. Daun nipah yang berlidi tersusun di kedua-dua belah pelepah yang panjangnya lebih kurang 430 cm. Di Malaysia, pokok nipah merupakan pokok serba guna. Penduduk tempatan menggunakan semua bahagian pokok, iaitu daun, buah, akar, umbut dan nira untuk kegunaan persendirian dan komersil.

 

BUDAYASumber/Bahan Alam
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.



Lihat selanjutnya...