Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ETIKET

Etiket ialah kod bersopan santun yang membantu

seseorang bergaul dengan baik dengan orang

lain.

UMUM
IKAN TERBANGIkan terbang ialah sejenis ikan yang melompat
dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat.
Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan
siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap.
Semasa terbang, ikan terbang menggetarkan
ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah
sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam
air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan
terus berada di udara.
UMUMUmum
AIDIT D.N.

Aidit D.N. (19231965), mengetuai Parti Komunis

Indonesia dari tahun 1951 hingga tahun 1965. Dia

berjaya membina sebuah parti politik Indonesia

yang terbesar dan tersusun dengan baik, dengan

keanggotaan lebih daripada tiga juta orang. Parti

Komunis yang diketuainya menyokong Presiden

Sukarno. Selepas percubaan rampasan kuasa oleh

pegawai tentera prokomunis pada tahun 1965, Aidit

melarikan diri ke Jawa Tengah, dan dia telah

ditembak di sana.

UMUM
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM
MENGUKIR KAYUMengukir kayu ialah perbuatan mencipta figura atau reka bentuk pada kayu dengan memotong atau memahat kayu. Mengukir kayu adalah satu hobi dan satu bentuk seni. Sesetengah ukiran dilakukan dengan mesin yang mempunyai pemotong yang dipasang pada gelendong berkelajuan tinggi. Rencana ini memerikan cara mengukir kayu dengan tangan.UMUMUmum
OKTAHEDRON

Oktahedron ialah sebarang rajah pepejal dengan

lapan muka. Ia adalah sejenis polihedron (rajah

pepejal dengan pelbagai muka). Muka oktahedron

tidak semestinya berbentuk sama. Sesetengahnya

mungkin segitiga dan terdapat jenis poligon yang lain.

Pelbagai jenis oktahedron yang dikenali sebagai

oktahedron sekata ialah polihedron cembung

dengan kelapan-lapan mukanya bersamaan pada

sebarang segitiga sama sisi.

UMUM
ZINK

Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam

berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini

penting dalam industri. Zink boleh dijadikan

pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam

biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh

digalvani iaitu, disalut dengan zink untuk

mencegahnya daripada berkarat. Logam

bergalvani digunakan untuk membuat talang

bumbung, lapik tangki.

UMUM
ORIENTEERING

Orienteering, sukan dengan peserta berjalan

dari suatu tempat ke suatu tempat dengan

menggunakan peta dan kompas.

UMUM
DIOPSID

Diopsid ialah mineral dengan kilauan berkala

yang terdapat dengan banyak. Diopsid kadangkala

digunakan sebagai batu permata (lihat Permata

[gambar]). Ia tergolong dalam kumpulan

mineral pembentuk batuan yang dinamakan

piroksen.

UMUM
ZIP

Zip, mengikut istilah yang selalu digunakan

ialah sebarang jenis kancing gelangsar. Kancing

ini mempunyai dua belah barisan gigi dan lekuk

yang boleh padan dengan elok antara satu dengan

lain.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.



Lihat selanjutnya...