Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cedok air dengan baldi, Cedok nasi dengan senduk; Baik dibawa resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Soldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sapu tangan jatuh ke laut, Jatuh ke laut dengan alasnya; Amboi berat budi disambut, Sambut dengan tiada balasnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Limau purut lelang, Ketiga dengan limau kasturi; Gunung diseru menjadi padang, Baru senang berjalan kaki.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung belatuk jambul merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bagaimana kalau tak ikat, Kait dengan duri-durinya; Bagaimana aku tak ingat, Orang baik hati budinya.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.



Lihat selanjutnya...