Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air susu dibalas dengan air tuba.

Takrif

Kebaikan dibalas dengan kejahatan. (Bandingkan dengan: Air tuba dibalas dengan air susu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Takrif

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya.

Takrif

Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.

Takrif

Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertemu teras dengan beliung.

Takrif

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersua baji dengan matan, b. Bertemu beliung dengan ruyung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Penghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan manjanya.

Takrif

Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak, mengimbuh dengan kera.

Takrif

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya.

Takrif

Manusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas.

Takrif

Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal.

Takrif

Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.



Lihat selanjutnya...