Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Inin bertanya ayat yang betul dalam penulisan surat sama ada: Sehubungan dengan itu.... atau Sehubungan itu.....

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sehubungan bermaksud berkaitan dengan, bersangkutan dengan. Frasa “sehubungan dengan itu” bermaksud sama dengan. Oleh yang demikian, frasa “sehubungan itu” dan “sehubungan dengan itu”, kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat ialah “sehubungan dengan itu” kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu perlu ada perkataan dengan.

Lain-lain24.07.2023
Tuan, saya faham bahawa: Dalam frasa 'dengan teliti' , perkataan 'teliti' ialah kata adjektif. Dengan berdasarkan rumus tatabahasa, kata adjektif tidak boleh hadir selepas kata sendi nama. Untuk menangani masalah ini, panel penulis Tatabahasa Dewan telah memasukkan kata pembenda -nya sebagai kata tugas dalam bahasa Melayu.Kata pembenda :-nya :ialah kata tugas yang menjadikan perkataan yang bukan kata nama sebagai kata nama. Oleh hal yang demikian, frasa 'dengan teliti' perlu dibetulkan menjadi 'dengan telitinya'. Bagaimanakah pula dengan perkataan seperti berikut : 1. dengan berhati-hati atau dengan berhati-hatinya. 2. dengan tertib atau dengan tertibnya 3. dengan bersungguh-sungguh atau dengan bersungguh-sungguhnya Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Penggunaan frasa yang betul ialah “dengan telitinya”, “dengan berhati-hati”, “dengan tertibnya” dan “dengan bersungguh-sungguhnya”. Dalam frasa “dengan berhati-hati”, kata pembenda tidak digunakan kerana perkataan “berhati-hati” bukan kata adjektif, sebaliknya kata kerja.  Tatabahasa30.06.2022
Tuan, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" sinonim dengan perkaitan dengan apa? Adakah berkaitan dengan kekeluargaan atau perpaduan negara?"Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" bermaksud kesusahan yang menimpa kaum keluarga kita, maka kita pun akan merasai kesusahan itu. Peribahasa ini berkaitan kekeluargaan yang amat menitikberatkan nilai kasih sayang dalam keluarga.Sastera23.01.2024
Selamat sejahtera. Soalan 1 Ayat 1: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira. Ayat 2: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya. Ayat 1 dan Ayat 2, yang manakah ayat yang betul? Soalan 2 Ayat 1: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat. Ayat 2: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya. Ayat manakah yang betul? Soalan 3 Adakah perkataan "dengan" hanya boleh digunakan sebagai kata sendi nama? ataupun "dengan" juga boleh digunakan sebagai kata hubung? Sila berikan contoh. Terima kasih.

1. Ayat “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira” dan  “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya”, kedua-duanya betul.

2. Ayat “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat” dan “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya”, kedua-duanya betul.

3. Kata “dengan”  boleh digunakan sebagai kata hubung dan kata sendi nama. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat.
Tatabahasa05.10.2022
1. Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan dengan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih Atau 2. Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih. Ayat 1 atau ayat 2 yang betul.

Ayat yang betul ialah “Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan kepada tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 495.

Tatabahasa05.03.2024
selamat sejahtera encik/puan. 1. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahan. 2. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahannya. Ayat mana yang betul, minta sikit penjelasan. terima kasih.1. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahan. Perkataan "dengan perlahan-lahan" menunjukkan cara perbuatan dilakukan.
2. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahannya. Kata adjektif "perlahan" menerima kata pembenda "-nya" bagi menunjukkan keterangan cara perbuatan.
Tatabahasa02.12.2022
Peluncuran dan Pelancaran Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Sehubungan dengan perkara tersebut, hamba tidak mendapati "... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020" tiada dalam Kamus Dewan Perdana ms 1367. Sila berikan pencerahan tentang perkara ini. Sekian, terima kasih.Makna baharu yang layak untuk dimasukkan (mengikut piawaian yang telah ditetapkan DBP) akan terakam dalam kamus terbitan DBP yang seterusnya. Untuk makluman tuan, pihak kami sedang mengumpulkan kata dan makna baharu setiap hari (termasuk makna baharu "peluncuran") untuk menjadi calon kata masukan atau makna baharu dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.

"... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP..." ini merujuk kata "pelancaran" (kata yang menjadi contoh perbandingan) yang membawa makna merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Kamus terdahulu tidak merakamkan makna ini.

Justeru berkaitan hal tersebut, masyarakat juga boleh menyumbang atau membuat cadangan kata atau makna baharu melalui Gerbang Kata; Saran Kata di http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx. yang dipautkan di Pusat Rujukan Persuaratan Melayu (PRPM).
Makna05.07.2024
Salam. Saya ada kemusykilan berkenaan dengan frasa nama yang bermula dengan perkataan majlis. Contohnya, Majlis perasmian bulan bahasa SMK Bandar Kuching No.1 telah diadakan dengan jayanya. Adakah huruf depan setiap perkataan bagi majlis perasmian bulan bahasa perlu ditulis dengan huruf besar?Penamaan majlis dianggap sebagai kata nama khas. Ayat yang betul ialah Perasmian Majlis Bulan Bahasa SMK Bandar Kuching No.1 telah diadakan dengan jayanyaTatabahasa25.08.2022
Dalam gambar menunjukkan seorang lelaki memotong rumput dengan mesin. Adakah ayat ini betul? (Ayah memesin rumput dengan mesin potong rumput) ataupun (Ayat memotong rumput dengan mesin potong rumput) Terima kasih.Pilihan ayat yang betul:
1. Ayah memesin rumput.
2. Ayah memotong rumput dengan mesin.
3. Ayah memotong rumput dengan mesin pemotong rumput.
Lain-lain18.07.2023
Adakah Salah daripada segi tatabahasa jika: 1) "Dengan" diulangi dalam ayat yang sama. contoh: "Dengan gembira, Ali berlari ke taman dengan kawannya". 2) Adakah pengulangan 2-3 kali dalam 1 ayat dibenarkan untuk perkataan lain seperti "untuk" dsb.

1.   Pengulangan kata “dengan” dalam ayat tidak salah daripada segi tatabahasa. Berdasarkan contoh yang diberikan, kata “Dengan” pada awal ayat merupakan kata hubung, manakala kata “dengan” di tengah ayat merupakan kata sendi nama.

2.   Pengulangan kata “untuk” dan lain-lain dalam ayat bukanlah suatu kesalahan, namun penggunaan tanda baca koma (,) digalakkan bagi memisahkan idea dan menggelakkan kekeliruan, seperti contoh ayat yang berikut:

Kek batik ini untuk Wafi, kek coklat ini untuk Rafiqah.

       Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 280.



Lain-lain05.09.2023
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.



Lihat selanjutnya...