Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MICHELANGELO

Michelangelo (14751564) ialah salah seorang

daripada pelukis yang paling terkenal dalam

sejarah. Dia mempunyai minat yang mendalam

khususnya dalam bidang ciptaan patung marmar

yang besar, tetapi daya usaha kreatifnya yang

tidak berkesudahan itu juga telah menyebabkan

Michelangelo menjadi seorang pelukis, arkitek

dan penyair yang unggul. Dia juga seorang

daripada yang paling terkenal pada zamannya, di

samping pemimpin Renaissance Itali yang hebat,

satu tempoh kelahiran semula minat dalam seni

lukis dan pembelajaran tentang Yunani dan Rom

purba.

UMUM
TRI KORO DHARMO

TRI KORO DHARMO, pertubuhan pemuda pelajar sekolah menengah yang memperjuangkan gerakan kebangsaan di Jawa, Indonesia. Tri Koro Dharmo, bererti Tiga Tujuan Suci, ditubuhkan pada 7 Mac 1915 di Jakarta atas daya usaha Satiman Wirjosandjojo, seorang pelajar Sekolah Doktor Jawa. Tri Koro Dharmo yang berpegang kepada tiga prinsip yakni sakti, budi dan bakti bertujuan mewujudkan pertalian antara murid bumiputera sekolah menengah dan sekolah guru. Ahlinya yang terdiri daripada pelajar dari Jawa dan Madura ingin membangkitkan dan mempertajamkan semangat mencintai bahasa dan kebudayaan Jawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
FAJAR SARAWAK

FAJAR SARAWAK, akhbar Melayu yang pertama di Sarawak. Akhbar dalam tulisan Jawi ini mula diterbitkan pada 1 Februari 1930. Penerbitan akhbar ini adalah atas daya usaha Haji Mohammad Daud bin Abdul Ghani, Mohammad Johari bin Anang, haji Abdul Rahman bin Haji Kassim dan Mohamad bin Anang. Mereka diketuai oleh Mohamad Rakawi Yusuf, seorang pesara. Untuk menerbitkan akhbar ini mereka menubuhkan Syarikat Putera Sarawak di Tingkat 2, 45 Jalan India, Kuching.

SASTERAPenerbitan
ZAMAN LOGAMZAMAN LOGAM, zaman selepas Zaman Neolitik, dan merupakan pengenalan kepada teknologi baharu dalam penghasilan alat berasaskan sumber logam.  Zaman tersebut dikatakan sebagai perubahan kebudayaan yang wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah mampu memanfaatkan sumber logam untuk dijadikan alat.  Sebab utama kemunculan zaman ini ialah daya usaha masyarakat itu sendiri, hasil daripada pengalaman industri tembikar di mana mereka mempunyai kebolehan meningkatkan suhu pembakaran dan membuat bekas tembikar yang digunakan dalam industri logam.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
USNO

USNO, parti politik.  USNO ialah singkatan United Sabah National Organisation.  Parti ini ditubuhkan pada 23 Disember 1961 hasil gabungan beberapa persatuan di Sabah.  Antara persatuan yang bergabung membentuk USNO ialah Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri Sandakan.  Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah.  Antara pengasasnya ialah Dato Haji Zakaria Gun, Dato Ahmad Mahmud, Haji Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Dato Haji Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Dato Othman Haji Sidik dan Datu K.M. Edinin.  Semenjak penubuhannya USNO diterajui oleh Datu Mustapha.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
1
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,