PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
atomic force | | | Daya tindak balas antara atom termasuk daya tarikan atau tolakan yang bertindak antara atom dan juga atom-atom yang berdekatan. |
sp hybridization | | | Satu daripada proses pembentukan ikatan kimia dalam atom karbon C, dan juga beberapa atom lain. Dalam proses ini, atom C memindahkan satu elektron dari petala 2s ke dalam orbitan 2p yang kosong, dan seterusnya menggabungkan baki satu elektron pada petala 2s dengan satu elektron pada orbitan 2p atom lain. |
anthrax | | | Sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit kepada haiwan dan juga manusia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria (Bacillus anthracis) yang berasal daripada haiwan seperti biri-biri, kuda, anjing, lembu, dan kambing. Penyakit ini biasanya dapat menyebabkan kematian. Bakteria tersebut menghasilkan bahan toksik yang membunuh sel dan menyebabkan cecair berkumpul di dalam tisu tubuh. Kuman penyakit ini dijadikan sebagai senjata biologi. |
de Broglie theory | | | Teori yang menjelaskan tingkah laku sesuatu zarah seperti sifat gelombang. De Broglie (1924) mencadangkan bahawa setiap zarah bergerak mempamerkan sifat gelombang dan juga sifat elektron. Elektron juga menunjukkan sifat gelombang pada orbit terkuantum. Panjang gelombang dikira dengan menggunakan persamaan berikut: ? =h/p dengan ? = panjang gelombang, h = pemalar Planck dan p = momentum. |
implantable medical device | | | Alat elektronik bersaiz kecil yang ditanam di dalam jasad. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, perentak jantung diimplan pada bahagian jantung untuk membekalkan denyutan elektrik bagi membantu pengepaman darah oleh jantung dan juga memasukkan implan koklea ke dalam bahagian koklea bagi merawat masalah pekak yang serius. |
electron gun | | | Struktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron. |
silicon nanograss | | | Permukaan pada wafer silikon yang apabila dicerap dengan menggunakan mikroskop elektron akan kelihatan seperti rumput bersaiz nano. Rumput silikon ini dapat dibentuk dengan pelbagai cara dan salah satunya melalui punaran plasma hidrogen. Rumput ini dapat mengawal pengaliran titisan cecair pada permukaan silikon untuk menyejukkan litar bersepadu komputer. Rumput ini juga digunakan sebagai komponen peranti komunikasi fotonik dan juga sebagai sensor. |
hexamer | | | Supramolekul yang terdiri daripada enam komponen dendrimer tersusun secara swapasang dan dikenali juga sebagai kompleks dendrit supramolekul. |
cell repair machine | | | Satu mesin dalam skala nano atau mesin molekul yang dilengkapi dengan penderia, peralatan dan nanokomputer yang diprogram untuk mengesan dan membaiki kerosakan sel dan tisu. Mesin ini juga dapat melapor balik dan menerima arahan daripada pakar perubatan. |
fullerene | | | Molekul berongga yang kesemua atomnya terdiri daripada unsur karbon dan mempunyai muka berbentuk heksagon, yang bercantum sehingga membentuk sfera, elipsoid atau tiub. Fulerena asal ialah C60 berbentuk sfera yang dipanggil bola bucky. Selain C60, fulerena C20, C22, C70, C76, C80 dan C84 juga dapat disintesiskan. Nanotiub karbon ialah salah satu contoh fulerena berbentuk silinder dengan kelebaran beberapa nanometer. Molekul ini merupakan sebatian yang sangat stabil terutama terhadap suhu dan sifat mekanik. Lihat juga bola bucky. |