Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.

Takrif

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.

Takrif

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga.

Takrif

Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga.

Takrif

Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke mana dialih, lesung berdedak juga.

Takrif

Pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan, biar di mana pun dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.

Takrif

Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga.

Takrif

Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah berhati, kuman pun berhati juga.

Takrif

Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Intan salah serudinya.

Takrif

Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati.

Takrif

Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.



Lihat selanjutnya...