Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Minumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Boleh juga belayar kapal, Patah galah apa galahnya? Boleh juga bertukar pakai, Kalau bujang apa salahnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mari menengok main telantak, Diikat juga dia pulang; Baiklah mahu mari hendak, Mengikut juga tuan pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak makan tidak berikan, Ikan lumba makan juga; Hendak berkayuh tiada bersampan, Hati rindu kutahan juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Padi Jawa ditaburlah orang, Padi muda dilurut juga; Beri sepuluh orang melarang, Hati muda diturut juga.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.



Lihat selanjutnya...