Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Budak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang mengail Sungai Kukup, Pakai terendak dengan tudungnya; Tuan beli timbang tak cukup, Orang berniaga apa untungnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pak Lekup minta sedekah, Mari sedekah rumah Pak Gapur; Bulan cukup abang nak nikah, Minta duit belanja dapur.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Budak-budak tanam lengkuas, Tanam mari tepi kota; Sudah jumpa tempat yang luas, Cukup sedap main senjata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ulam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

asdf asdf asd afasdf asf

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat;
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukup

Puisi
 

Cukup panjang tali timba,
     Susah diukur susah didepa;
Ulat bergulung di hutan rimba,
     Rezeki nak putus dari saya.



Lihat selanjutnya...