Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Takrif

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dialas bagai memengat.

Takrif

Berkata dengan cukup alasan. memengat = memasak pengat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kurang sesayat (= seiris) sebelanga.

Takrif

Hampir cukup bilangan; sedikit saja yang kurang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam baru belajar berkokok.

Takrif

Baru cukup umur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai berkain tiga hasta.

Takrif

Serba tak cukup (miskin).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air lalu kubangan tohor.

Takrif

Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Takrif

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dinding teretas, tangga terpasang.

Takrif

Kejadian yang sudah cukup buktinya. retas = toreh dengan senjata tajam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kapak naik cerana.

Takrif

Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kapak naik pemidangan (= peminangan).

Takrif

Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukup

Puisi
 

Cukup panjang tali timba,
     Susah diukur susah didepa;
Ulat bergulung di hutan rimba,
     Rezeki nak putus dari saya.



Lihat selanjutnya...