Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Batang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kurang bulat sembayan sakar, Akan membubur si kacang gadung; Tanah bersukat jangan diekar, Kalau diekar siapa yang tanggung?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Batu campur batu bulat, Tarah mari hujung perahu; Nampak di mata boleh dilihat, Dalam hati mana nak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanjung Katong airnya biru, Tempatlah budak bercuci muka; Bulat sekampung menaruh rindu, Susah adinda berpandang mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi kerja berulang-alik, Singgah di masjid lalu sembahyang; Yang bulat datang menggolek, Yang pipih datang melayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terbang merbah dari Kuantan, Hinggap singgah di ranting keduduk; Pinang bulat saya makan, Inikan pula pinang bertampuk.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Sekara terbang pipit, Anak ulat atas papan; Usahkan pinang bergigit, Pinang bulat pun saya makan.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?



Lihat selanjutnya...