Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulat bersegi, bersanding melukai.

Takrif

Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masak di luar mentah di dalam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Takrif

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga.

Takrif

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.

Takrif

Untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulat segiling, pecak setapik.

Takrif

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.

Takrif

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.

Takrif

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang.

Takrif

Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Batu bulat tak bersanding.

Takrif

Orang yang tidak mempunyai perasaan takut. sanding = dekat, damping.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.

Takrif

Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?



Lihat selanjutnya...