Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kata adat kata yang bulat, Bulat tumbuh dari muafakat; Ada adat sempurna helat, Helat senonoh terpuji umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Batang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kurang bulat sembayan sakar, Akan membubur si kacang gadung; Tanah bersukat jangan diekar, Kalau diekar siapa yang tanggung?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalaulah bulat kaki kumbang, Ikatlah tali buat tanda; Kalaulah bulat hati abang, Ikatlah janji hantarkan tanda.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adat Melayu berhati bulat, Pantang sekali berbelah bagi; Sifat Melayu membenci maksiat, Pantang sekali merosak budi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Batu campur batu bulat, Tarah mari hujung perahu; Nampak di mata boleh dilihat, Dalam hati mana nak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apalah tanda buah bengkal, Bentuknya bulat berwarna kuning; Apalah tanda si tua gatal, Menengok perawan matanya juling.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang telur menetas. Yang pinang bulat; Yang kendur melepas, Yang tegang mendapat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tanjung Katong airnya biru, Tempatlah budak bercuci muka; Bulat sekampung menaruh rindu, Susah adinda berpandang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?



Lihat selanjutnya...