Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pinangan Irfan ditolak____ oleh keluarga Irma kerana Irfan tidak berkelulusan tinggi dalam pelajaran. A bulat-bulat B mentah-mentah (munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai? TK) | Mentah-mentah | Tatabahasa | 07.03.2013 |
yang manakah tepat ? 1. bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 2. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Bolehkah pembetung digantikan dengan pembentung? Alang-alang menyeluk pekasam membawa maksud jika sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. masyarakat pula secara umumnya menerima peribahasa ini seperti peribahasa alang-alang mandi biar basah. Adakah penggunaan ini tepat? | 1. Untuk makluman, peribahasa yang tepat ialah bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. 2. Pembetung tidak boleh digantikan dengan pembentung. 3. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu iaitu sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. Walau bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat Melayu, peribahsa itu sering disamakan dengan alang-alang mandi biar basah. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada konteks penggunaannya ketika itu.
| Tatabahasa | 22.10.2015 |
Tuan, Perbilangan "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat" . Bagaimanakah perbilangan ini dikaitkan dengan kehidupan masyarakat yang harmoni dan saling bermuafakat? | Peribahasa yang tepat ialah "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat" bermaksud kata sepakat tercapai dengan mesyuarat atau perbincangan. Melalui perundingan, perbincangan dan kata sepakat dalam satu kelompok masyarakat akan dapat membentuk kehidupan yang harmoni. | Sastera | 23.01.2024 |
salam...boleh sy tanya ejaan sebenar untuk ini..bergedil atau bergedel?? | Ejaan yang tepat adalah 'bergedel' yang merujuk kepada makanan yang dibuat daripada ubi kentang dan daging yang dilumatkan bersama, dibentuk bulat-bulat kecil, dan digoreng. | Ejaan | 25.07.2012 |
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Permukaan meja itu bulat. (b) Permukaan meja itu berbentuk bulat. (c) Meja itu berbentuk bulat. (d) Meja itu bulat. | Ayat yang tepat dan gramatis: Meja/Permukaan meja itu berbentuk bulat.
| Tatabahasa | 06.11.2015 |
Assalamualaikum. Adakah betul ayat ini: "Ini cuma pendapat; boleh dimarahkan kalau nak memarahi, boleh ditolak kalau nak menolak, boleh didebatkan kalau nak berdebat, boleh dikritik kalau nak mengkritik. Boleh diterima kalau nak menerima, tapi tak boleh diambil bulat-bulat." Terima kasih. | Ayat ini tidak gramatis. Apabila hendak membina ayat yang mempunyai rima pastikan juga hukum tatabahasanya betul. Contohnya frasa "boleh dimarahkan kalau nak memarahi", dimarahkan ialah bentuk pasif bagi memarahi tetapi subjek dan predikatnya tidak lengkap dan lazimnya perbuatan marah kesannya kepada manusia itu sendiri, bukan percakapannya.
| Tatabahasa | 07.05.2013 |
1. Ular itu menelan bulat seekor anak kambing 2. usul parti pembangkang itu ditolak bulat Mengapakah dua ayat di atas dianggap salah? Boleh saya tahu tentang penggunaan tatabahasa yang betul mengenai dua ayat di atas. | Penggunaan perkataan “bulat” dalam kedua-dua ayat tersebut tidak sesuai dengan makna konteks (hubungan antara ujaran dengan keadaan). Perkataan “bulat” merupakan kata adjektif bentuk yang bermaksud berbentuk seperti bola, berbentuk lingkaran dengan kedua-dua hujungnya bersambung dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan perkataan kiasan “bulat-bulat” yang bermaksud sepenuhnya lebih bersesuaian dengan makna konteks dalam kedua-dua ayat tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 342 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 229. | Tatabahasa | 06.07.2024 |
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara limau dan oren ? 2. Kalau ada perbezaan,bagaimanakah kita dapat menjelaskan perbezaannya kepada murid ? Terima kasih. | "Limau" ialah buah yang berbentuk bulat, bulat leper atau bujur berulas, banyak air dan berasa masam-masam manis atau manis. Terdapat pelbagai jenis limau seperti limau bali, limau nipis, limau purut dan lain-lain lagi. "Oren" pula ialah buah yang sederhana besar, berkulit tebal berwarna jingga, berasa masam-masam manis, biasanya dimakan mentah dan dibuat jus. Secara keseluruhannya, tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya. | Tatabahasa | 27.11.2022 |
perdebatan tentang peribahasa 'bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat'.wajarkah ia di bahaskan???? | Peribahasa ini boleh dijadikan tajuk perbincangan atau perbahasan mengikut konteks yang bersesuaian . | Lain-lain | 25.08.2010 |
Apakah maksud peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat"? | Maksudnya kata sepakat tercapai dengan mesyuarat. | Tatabahasa | 01.11.2009 |