SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLayang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDirikan pondok bertanam nanas, Biar saya berburu rusa; Biar orang melonggok emas, Saya niaga budi bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik-cik hilir ke pekan, Daun nangka berjari-jari; Rupa cantik tak boleh makan, Budi bahasa hendak dicari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan saya mengejar kolek, Saya mengejar papan tunda; Bukan saya mengharap molek, Saya mengharap budi bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak teruna menanam betik, Buah cempedak dalam raga; Apalah guna berwajah cantik, Kalau kurang budi bahasa. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi bahasa |
|
Puisi |
---|
|
Kalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri.
Lihat selanjutnya... |
|