PeribahasaBiar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.TakrifBudi bahasa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab bahasa menunjukkan bangsa.TakrifBudi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah merasa maka (= baru) santun.TakrifBaru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih.TakrifDaripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.TakrifDaripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.TakrifBudi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.TakrifBudi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.TakrifBiarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUtang (hutang) emas dapat (= boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati.TakrifBudi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang bahasa lenyap bangsa.TakrifApabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |