Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau upih katakan upih, Kalau seludang kata seludang; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya ulang-berulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau upih katakan upih, Kalau seludang jatuh melarat; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya terharap-harap.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Salah ikat boleh diungkai, Salah letak boleh dicari; Salah buat badan merasai, Salah cakap memburuk diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukit Acheh gunung pun Acheh, Kerbau balar dua sedenin; Tengok boleh nak ambil tak boleh, Seperti gambar dalam cermin.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Boleh juga belayar kapal, Patah galah apa galahnya? Boleh juga bertukar pakai, Kalau bujang apa salahnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Boleh ganti bunga kelapa, Bunga kelapa di Padang Jongok; Boleh cari ibu dan bapa, Siapa pula nak mengaku anak?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tidak boleh dibenang-benang, Anak Lingga mabuk pinang; Tidak boleh dikenang-kenang, Air mata jatuh berlinang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.



Lihat selanjutnya...