Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.

Takrif

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.

Takrif

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulat segiling, pecak setapik.

Takrif

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.

Takrif

Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. dikakuk = dipegang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing.

Takrif

Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.

Takrif

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.

Takrif

Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.

Takrif

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih.

Takrif

Kerukunan hidup orang-orang yang sekaum ialah yang seia-sekata, sehina-semalu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa.

Takrif

Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
647

Words once spoken you can never recall

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words once spoken you can never recall . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...