Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau upih katakan upih, Kalau seludang kata seludang; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya ulang-berulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau upih katakan upih, Kalau seludang jatuh melarat; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya terharap-harap. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Boleh saja makan sedikit, Walau sedikit membawa kenyang; Kasih hamba bukan penyakit, Kalaupun sakit kerana abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Boleh buat titi, Titi jalan mati; Sendiri tuan rugi, Syaitan puas hati, | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Salah ikat boleh diungkai, Salah letak boleh dicari; Salah buat badan merasai, Salah cakap memburuk diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau helang menari-nari, Kalau kumbang melayang-layang; Kalau hilang boleh dicari, Kalau compang boleh disawang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukit Acheh gunung pun Acheh, Kerbau balar dua sedenin; Tengok boleh nak ambil tak boleh, Seperti gambar dalam cermin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tuan boleh hilir ke kuala, Naik rakit tidak berperahu; Tuan kata bergurau senda, Hati sakit tuan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Biji cempedak boleh direbus, Sudah masak sedap rasanya; Hati kemak kasih terputus, Duduk tegak gelap dunianya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh |
|
Puisi |
---|
|
Kalau upih katakan upih, Kalau seludang jatuh melarat; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya terharap-harap.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 647 Words once spoken you can never recall Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik. Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. I regretted launching such a hurtful remark, but words once spoken you can never recall . I faced the consequences when I was suspended from work. Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|