Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ingin bertanya, bolehkah pihak DBP senaraikan kelemahan dan kelebihan tulisan Rumi dan Jawi yang terkandung di dalam Memorandum ASAS 50 1954? Sekiranya tidak boleh, boleh pihak DBP cadangkan ke mana soalan ini harus ditujukan agar diperolehi jawapan? Terima kasih | Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50) diwujudkan di Singapura pada tahun 1950. Tujuan penubuhannya adalah untuk meluaskan dan meninggikan mutu sastera Melayu, melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan membuat pembaharuan dalam sastera Melayu. Walau bagaimanapun, kami tidak ada maklumat berkenaan kelemahan dan kelebihan tulisan Rumi dan Jawi dalam Memorandum ASAS 50 1954. Mungkin tuan boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui carian di Internet atau sumber-sumber yang boleh dipercayai. | Lain-lain | 01.09.2021 |
Salam sejahtera, Sebagai warga pendidik, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata bantu dapat dan boleh. Dapat dan boleh membawa maksud keupayaan. Kata bantu boleh juga digunakan untuk mendapat keinginan. Sila berikan nasihat tentang ayat berikut:~ Soalan Peperiksaan kertas Model PT3- "Anak saya berusia empat tahun itu sudah boleh menunggang basikal," kata Pak Ali kepada Pak ABu. Pilihan yang ada A. Sudah mahu menunggang basikal B. Dapat sudah menunggang basikal C. sudah dapat menunggang basikal D. Sudah boleh menunggang basikal Jawapan yang disediakan dalam buku kertas model PT3 untuk soalan ini ialah sudah dapat menunggang basikal.Perjelasan: Frasa kerja sudah boleh menunggang salah kerana penggunaan kata bantu boleh sepatutnya menjadi dapat yang bermaksud berupaya menunggang basikal. Persoalannya ialah boleh dan dapat sebenarnya boleh digunakan untuk menunjukkan keupayaan dan kebolehan. Adakah jawapan yang diberikan itu betul . Apakah jawapan yang lebih tepat? Sila berikan nasihat. Terima kasih. | Kedua-dua perkataan dapat dan boleh bermaksud berkeupayaan atau berpeluang untuk melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, pemilihan perkataan yang tepat bergantung pada konteks ayat. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah Anak saya yang berusia empat tahun itu sudah boleh menunggang basikal | Tatabahasa | 16.11.2021 |
Apakah padanan bagi "Ether extractable matter". Adakah boleh dipadankan dengan "jirim boleh larut eter"? Bagi istilah "intermediate" dalam kontek pemakanan, adakah boleh dipadankan dengan "perantaraan" sahaja atau "bahan perantaraan"? | Padanan bahasa Melayu untuk "ether extractable matter" ialah jirim boleh ekstrak eter dan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "intermediate" dalam bidang pemakanan ialah perantaraan dan bahan perantaraan. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 17.08.2021 |
Hi, boleh kah DBP tolong kita translasikan Safety Data Sheet dari bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia? Jika boleh, macam mana kita boleh dapatkan perkhidmatan ini dari DBP? Terima Kasih. | Cadangan kami terjemahan dalam bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris Safety Data Sheet ialah Lembaran Data Keselamatan. Untuk makluman tuan DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, tuan boleh hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Makna | 07.10.2022 |
Boleh saya tahu susunan ayat yang mana satu adalah betul bagi nama rasmi laporan ini Piawaian Pengelasan Pendidikan Antarabangsa atau Pengelasan Pendidikan Piawaian Antarabangsa? Atau dua-dua adalah silap? Terima kasih. | Penggunaan yang betul dan sesuai ialah Piawaian Pengelasan Pendidikan Antarabangsa atau dalam bahasa Inggerisnya ialah International Standard Classification of Education (ISCED). | Ejaan | 22.01.2023 |
Boleh saya dapatkan penjelasan mengenai ejaan bagi perkataan seperti: i)tarian joget atau Tarian Joget? ii)baju kurung moden atau Baju Kurung Moden | Perkataan “tarian joget” dan “baju kurung moden” yang dieja dengan huruf kecil merujuk kata nama am, manakala pangkal setiap huruf perkataan “Tarian Joget” dan “Baju Kurung Moden” ditulis dengan huruf besar merujuk tajuk. | Tatabahasa | 08.12.2022 |
Boleh beri bimbingan adakah pola ayat-ayat berikut betul? Kawasan bandar merupakan penyumbang utama pembebasan karbon dioksida. FN + FK | Pola ayat tersebut ialah FN + FK. Perkataan “Kawasan bandar” merupakan FN, manakala perkataan “merupakan” pula FK. Pola ayat yang diberikan betul, FN + FK. | Tatabahasa | 29.11.2022 |
Boleh saya tahu apakah definisi operasi untuk 'Status Perkahwinan'? Kerana saya sedang menulis tesis PHD dalam Bahasa Melayu dan tidak dapat mencari makna yang tepat mengenai perkataan ini | Menurut Kamus Dewan Perdana, “status perkahwinan” bermaksud taraf ikatan yang sah di sisi agama atau undang-undang antara lelaki dan perempuan yang menjadikan mereka suami isteri. | Makna | 29.08.2022 |
Boleh Tuan/Puan kongsikan pandangan? | Frasa yang dicadangkan adalah betul | Tatabahasa | 30.06.2022 |
Boleh berikan istilah yang tepat bagi "sideload" Penerangan: Sideloading describes the process of transferring files between two local devices, in particular between a personal computer and a mobile device such as a mobile phone, smartphone, PDA, tablet, portable media player or e-reader. | Cadangan terjemahan bagi sideload ialah "muat sisi" | Makna | 12.04.2022 |