Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan terang gemerlang, Hantu berjalan laki bini; Jikalau tuan bersikap garang, Adik tak lama diam di sini.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Paku ini paku landai, Paku berasal dari Jawa; Barang bini habis digadai, Pinjam pula barang mentua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah durian buah kuini, Mari letak dalam pasu; Duduk diam laki bini, Macam orang tidak bernafsu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanam ubi tanam kembili, Mari dicolek santan manisan; Adik hendak mencari bini, Kalau boleh hendak berbesan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang menanak di Tebing Tinggi, Burung putih terbang melayang; Bukan anak bini sendiri, Sudah ku boleh berkasih sayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tinggi-tinggi matahari, Anak Endau pantai Melaka; Hilang laki boleh dicari, Hilang bini badan binasa.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bini

Puisi
 

Terang bulan terang gemerlang,
     Hantu berjalan laki bini;
Jikalau tuan bersikap garang,
     Adik tak lama diam di sini.



Lihat selanjutnya...