Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.

Takrif

Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh.

Takrif

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membilang kepala bini, beranak tak boleh disuruh.

Takrif

Pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menambah gelang bini.

Takrif

Pemberian yang tak kelihatan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasihkan anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan.

Takrif

Anak yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan. uliti = menyanyikan sampai tidur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan.

Takrif

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bini

Puisi
 

Terang bulan terang gemerlang,
     Hantu berjalan laki bini;
Jikalau tuan bersikap garang,
     Adik tak lama diam di sini.



Lihat selanjutnya...