Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ANTIJIRIM

Antijirim ialah jirim yang terdiri daripada zarah

asas yang bertentangan dengan zarah biasa. Zarah

yang bertentangan ini dinamakan antizarah .

Sesuatu antizarah betul-betul sama sifatnya

dengan zarah biasa kecuali casnya yang

bertentangan. Contohnya, elektron ialah zarah

biasa yang mempunyai cas elektrik negatif.

Antizarahnya, iaitu positron, betul-betul sama

dengannya kecuali positron mempunyai cas

elektrik positif. Antizarah juga bergabung seperti

zarah biasa. Contohnya, antineutron boleh

bergabung dengan antiproton dan dengan itu

membentuk antideuteron, iaitu nukleus atom

antideuterium.

UMUM
SODA

Soda ialah nama biasa bagi sekumpulan sebatian

yang mengandungi natrium. Sebatian natrium ini

dibuat daripada garam biasa (NaCl), yang terdiri

daripada natrium dan klorin.

UMUM
TERATAI

Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis

tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan

tempat adalah telipuk Mesir.

Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai

Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya.

Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros

yang lebarnya mungkin 30 sentimeter.

Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2

meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul

hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya

kembang di atas permukaan air.

Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir,

India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan

India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis

Mesir purba.

UMUM
SIPUT UNAM

Siput unam ialah nama biasa bagi beberapa

spesies siput kecil di pantai laut. Siput unam yang

terkenal ialah siput unam biasa di utara Eropah

dan di pantai Atlantik di Amerika Utara. Siput

unam ini melekap pada batu-batan di antara paras

air pasang dengan air surut. Cangkerangnya yang

tebal, berpilin berwarna perang kekelabuan atau

hampir hitam. Panjangnya boleh mencapai kira-kira

4 sentimeter.

UMUM
DEMAM

Demam ialah keadaan apabila suhu tubuh

meningkat lebih tinggi daripada aras biasa. Demam

ialah salah satu gejala penyakit yang paling biasa.

Apabila demam menjadi gejala utama suatu

penyakit, ia mungkin sebahagian daripada nama

sesuatu penyakit seperti demam skarlet atau

demam kuning. Istilah perubatan bagi demam ialah

pireksia.

UMUM
PRIMROS

Primros ialah nama biasa bagi sekumpulan

tumbuhan yang biasanya berbunga pada awal musim

bunga. Primros yang ditanam dianggap sebagai

bunga taman hiasan pilihan. Banyak daripadanya

telah dibiakkan daripada primros biasa, yang tumbuh

liar di hutan dan meadow di Eropah. Sesetengah

primros adalah tumbuhan dalam pasu yang sangat

cantik.

UMUM
KAMOMIL

Kamomil ialah sekumpulan tumbuhan kecil yang

kadangkala digunakan sebagai herba ubatan.

Kamomil yang paling biasa ditanam ialah kamomil

biasa , atau kamomil jagung, dan kadangkala kamomil

Inggeris atau kamomil Rom.

UMUM
TELAGA

Telaga ialah lubang yang digali di dalam tanah

untuk memperoleh cecair. Telaga air merupakan

jenis telaga yang paling biasa ditemui. Telaga

minyak dan telaga gas asli juga biasa ditemui.

Kebanyakan syarikat perlombongan juga

menggunakan telaga untuk mengeluarkan garam

dan sulfur dari dalam tanah. Mereka mengepam

wap atau air panas untuk mengeluarkan bahan-bahan

ini.

UMUM
SUNDEW

Sundew ialah tumbuhan luar biasa yang

memerangkap dan menghadam serangga. Ia

mendapat namanya yang bermakna embun matahari

kerana titik-titik bendalir melekit, yang dikeluarkan

oleh kelenjar pada daunnya. Dalam cahaya matahari,

titik-titik bendalir ini berkilau seperti titik-titik

embun. Sundew tumbuh di rawa dan rawang di

seluruh dunia. Sundew biasa atau sundew berdaun

bulat, adalah spesies yang paling meluas tersebar. Ia

tumbuh subur di tanah yang lembap, berasid di

seluruh Hemisfera Utara. Australia mempunyai lebih

daripada 55 spesies sundew. Kebanyakannya hanya

tumbuh di Australia Barat.

UMUM
PURSLANE

Purslane ialah nama bagi kira-kira 40 spesies

tumbuhan tahunan berdaun berisi yang melata.

Purslane biasa ialah rumpai di tanah terbiar.

Bunganya berwarna kuning dan kembang pada

waktu pagi yang cerah. Batangnya boleh tumbuh

sehingga 35 sentimeter panjangnya. Subspesies

tumbuhan ini ditanam sebagai sayur terutamanya

di Eropah. Di samping itu, purslane biasa

digunakan di India dan China sebagai herba

ubatan, terutamanya sebagai tuam untuk

membantu menyembuhkan ulser dan luka .

Pengelasan saintifik. Purslane membentuk famili

purslane, Portulacaceae.Purslane biasa ialah

Portulaca oleracea .

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa

Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.



Lihat selanjutnya...