Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa makan di padang; Budak ini budak biasa, Biasa merebut kekasih orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak endong mandi berjirus, Sejuk sampai ke tulang sendi; Biasa kurenung biasa kubungkus, Berniaga belum pernah rugi?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Beras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan tidak saya katakan, Merbuk biasa makan di papan; Bukan tidak saya katakan, Buah mabuk jangan dimakan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kereta api kereta sorong, Kereta biasa berjalan malam; Tuan besi saya piabung, Sama timbul sama tenggelam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau begini kelerai tombak, Biar saya kelerai biasa; Kalau saya tidak berkehendak, Biar bujang sampai ke tua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau begini kelerai tombak, Biar saya kelerai biasa; Kalau saya tidak berkehendak, Biar bujang sampai ke tua.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa

Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.



Lihat selanjutnya...