Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
alpha helixStruktur protein berbentuk pilin hasil susunan sejumlah asid amino dan merupakan struktur yang biasa bagi kebanyakan protein. Lebar pilin sekitar 5 . Setiap asid amino mempunyai lingkaran 100 dalam pilin dan berpadanan dengan translasi 1.5 sepanjang paksi pilin. Pilin tersusun padat sehingga hampir tiada ruang kosong di dalamnya.
counterionIon yang berfungsi untuk mengekalkan keadaan neutral dalam larutan ionik. Contohnya, kation natrium (Na+) dalam garam biasa ialah ion penimbal untuk anion klorin (Cl-) dan sebaliknya.
electron micrographImej sesuatu objek yang dihasilkan menggunakan mikroskop elektron. Imej tersebut diambil sama seperti konsep penghasilan fotograf oleh mikroskop biasa tetapi pembesarannya adalah 10 - 10(5) kali ganda.
glycineSebatian organik bersaiz sekitar 0.4nm dengan rumus kimia C2H5NO2 yang merupakan asid amino paling ringkas daripada 20 asid amino yang biasa terdapat dalam protein, haiwan. Sebatian ini merupakan satu-satunya asid amino yang tidak aktif optik, iaitu tidak mempunyai stereoisomer-D dan stereoisomer-L. Glisina tidak reaktif apabila digabungkan dengan protein tetapi dalam keadaan bebas, glisina terlibat dalam pelbagai tindak balas, contohnya, biosintesis heme.
magnetic force microscopy (MFM)Penggunaan mikroskop daya magnet untuk mencerap fasa magnet suatu sampel dengan cara mengimbas suatu penduga pada permukaan sampel. Alat yang biasa digunakan ialah mikroskop daya atom yang menggunakan suatu penduga khas yang peka kepada medan magnet. Mikroskop daya magnet dapat mengukur resolusi sehingga 10 nm. Contoh penggunaan alat ini adalah untuk mengkaji fasa magnet pada pita video dan jalur magnet bagi kad kredit atau kad bank. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM).
nanotribologyKajian yang berkaitan dengan geseran, haus, lusuh dan pelinciran pada skala nanometer. Contohnya kajian lekatan suatu lapisan berketebalan nanometer ke atas permukaan suatu bahan untuk membuat pelincir dalam industri kereta. Alat yang biasa digunakan untuk kajian nanotribologi ialah mikroskop daya atom (AFM).
nanoscale synthesisSintesis yang berkaitan dengan penghasilan nanostruktur dengan geometri khusus dan pada tempat tertentu di atas suatu permukaan substrat. Sintesis ini juga melibatkan sifat kimia dan komposisi molekul yang digunakan. Kaedah yang biasa digunakan dalam sintesis ini ialah kaedah kimia, pengewapan laser, termolisis, dan kaedah denyutan laser.
chemical vapour depositionProses kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan pejal tulen dan berprestasi tinggi. Satu lapisan substrat didedahkan kepada satu atau beberapa cecair atau gas mudah meruap yang mendorong tindak balas kimia yang kemudiannya mendap dan menghasilkan lapisan filem tipis di atas substrat tersebut. Kaedah ini biasa digunakan dalam industri semikonduktor untuk menghasilkan filem tipis.
nascent stateSatu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa

Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.



Lihat selanjutnya...