Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang memburu seberang sana, Dapat seekor landak betina; Senjata buruk besi dah lama, Mana tikam susah nak kena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Turun batang naik batang, Dapat seekor landak betina; Suruh datang saya datang, Sudah datang bena tak bena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina; Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung kedidi terbang ke pantai, Deras jantan dari betina; Sebab sebiji rosak setangkai, Selalu diranggah apa guna?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi ke bukit berburu rusa, Boleh seekor rusa betina; Malangnya nasib dirilah hamba, Hidup di dunia tidak berguna.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah Cina perabungnya lentik, Pelapik atas kayu cengal; Betina mana rupanya cantik, Silakan dekat saya nak kenal.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan pergi ke laut, Bawakan saya ketam betina; Kalau tuan menjadi rambut, Saya menjadi sekuntum bunga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan pergi ke laut, Bawakan saya ketam betina; Kalau tuan menjadi rambut, Saya menjadi sekuntum bunga.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.



Lihat selanjutnya...