Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terbulang ayam betina.

Takrif

Orang yang disangka berani (pandai dan sebagainya), rupa-rupanya tidak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana.

Takrif

Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti puyuh, mahu yang betina daripada yang jantan.

Takrif

Suami yang hanya mengharapkan pencarian isterinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.

Takrif

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina.

Takrif

Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terkilat ikan dalam air, (aku) sudah tahu jantan betina.

Takrif

Sangat pandai dan awas dalam menangkap perkataan orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.



Lihat selanjutnya...