Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Zaman ini banyak berubah, Betina banyak mencari jantan; Dengan bini banyak mengalah, Supaya lemak nasi dimakan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Selasih masak sebiji, Dimakan beruk betina; Kekasih merajuk hati, Badanku rosak binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang memburu seberang sana, Dapat seekor landak betina; Senjata buruk besi dah lama, Mana tikam susah nak kena.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Turun batang naik batang, Dapat seekor landak betina; Suruh datang saya datang, Sudah datang bena tak bena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina; Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Burung kedidi terbang ke pantai, Deras jantan dari betina; Sebab sebiji rosak setangkai, Selalu diranggah apa guna?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pergi ke bukit berburu rusa, Boleh seekor rusa betina; Malangnya nasib dirilah hamba, Hidup di dunia tidak berguna.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.



Lihat selanjutnya...