Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang menarah atas lubang, Hanyut rakit berubah-ubah; Bukan tak tahu masuk seorang, Takut adik beralih ubah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nak bah rupanya hari, Anak dara di muka pintu; Sangat berubah rupanya diri, Telah sekala tidak begitu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Haji-haji berbaju jubah, Sembahyang dalam perahu; Tuan berjanji tidak berubah, Bulan di atas dimakan Rahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak punai anak merbah, Hari-hari mengangkut sarang; Lautan lagi berubah, Inikan pula hati orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak punai anak merbah, Pandai ia membuat sarang; Anak sungai lagi berubah, Ini pula hati orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tuan Haji memakai jubah, Mari sembahyang berhantar lalu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal merubah saya tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tuan Haji berbaju jubah, Orang sembahyang haluan perahu; Hati saya tidak berubah, Hati abang belum tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tuan Haji berbaju jubah, Mari salin dalam perahu; Hati tuan belum berubah, Hati saya manakan tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi mengaji berbaju jubah, Mengangkat takbir suara jahat; Dulu janji tidak berubah, Mahunya besi lagi melarat.
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
424

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah,'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...