Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.

Takrif

Orang yang tidak tetap kedudukannya. rasam = adat, kebiasaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan.

Takrif

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Neraca palingan Allah, mata palingan setan.

Takrif

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan.

Takrif

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekali air besar, sekali tepian beranjak (= beralih).

Takrif

Apabila pembesar atau pemerintahan berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. (Bandingkan dengan: Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang.

Takrif

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai pancang digoncang arus).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lidah biawak.

Takrif

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah bercabang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lidah bercabang.

Takrif

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah berkata satu.

Takrif

Tidak berubah daripada yang telah diucapkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Takrif

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
424

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah,'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...