Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman ini banyak berubah, Betina banyak mencari jantan; Dengan bini banyak mengalah, Supaya lemak nasi dimakan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kini beralih-alih, Mari hujan berubah panas; Dengan bini berkasih-kasih, Supaya makan selera puas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jangan menebang pokok nangka, Nangka tidak berubah lagi; Jangan abang berburuk sangka, Cintaku tidak berbelah bagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang menarah atas lubang, Hanyut rakit berubah-ubah; Bukan tak tahu masuk seorang, Takut adik beralih ubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mulia suku adatnya kukuh, Tegaknya tetap tidak berubah; Bila bersatu umat kan teguh, Retaknya tidak membawa belah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Nampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Nak bah rupanya hari, Anak dara di muka pintu; Sangat berubah rupanya diri, Telah sekala tidak begitu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Haji-haji berbaju jubah, Sembahyang dalam perahu; Tuan berjanji tidak berubah, Bulan di atas dimakan Rahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak punai anak merbah, Hari-hari mengangkut sarang; Lautan lagi berubah, Inikan pula hati orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.



Lihat selanjutnya...