Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah beza penggunaan "berubah kepada" dan "berubah menjadi"? Adakah kedua-duanya boleh digunakan atau setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza? Diharap pihak khidmat nasihat DBP dapat memberikan contoh.Frasa "berubah kepada" dan "berubah menjadi" membawa maksud yang sama.Tatabahasa28.10.2015
pembinaan kosa kata bahasa melayu berubah mengikut zaman..Pembinaan kosa kata bahasa Melayu tidak berubah mengikut zaman, yang berubah ialah ejaan berdasarkan pola keselarasan bagi menyeragamkan bentukejaan.Tatabahasa16.02.2009
Nurul Hani Isu ejaan betul dan ejaan salah. Waktu sekolah dulu saya lagi pening dengan mata pelajaran Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Inggeris sebab selalu ada perubahan dari segi ejaan dan tatabahasa. Saya terfikir juga mungkin sebab Bahasa Melayu masih sedang dibangunkan dan dikembangkan, tetapi sampai bila nak berubah-berubah macam tu? Anak bangsa sendiri jadi malas nak belajar Bahasa Melayu dengan mendalam, cukupla pandai menulis dan bercakap yang biasa-biasa.Semua bahasa di dunia ini mempunyai peraturan dan hukum tatabahasa yang membentuk kata dan mengawal sistem nahunya. Untuk makluman puan, selepas buku Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 diterbitkan dan diguna pakai, tidak ada lagi perubahan besar dalam sistem bahasa kita. Apa yang lebih penting jati diri kita sebagai rakyat Malaysia, rasa cinta akan bahasa kebangsaan kita dan sekali gus berusaha untuk mempelajari dan mematuhi peraturan bahasa yang ada, khususnya dalam konteks rasmi.Lain-lain27.02.2015
ayat yang manakah betul dan kenapa ? A. semakin berubah sejak akhir-akhir ini. B. makin berubah di akhir-akhir ini. C. makin berubah akhir-akhir ini. D. makin berubah sejak akhir-akhir ini. mohon penjelasan terutamanya penggunaan perkataan 'semakin' atau 'makin' dan 'sejak akhir-akhir ini' atau 'akhir-akhir ini' terima kasih.

Makin dengan semakin sama maknanya, oleh itu penggunaan kedua-dua perkataan tersebut boleh saling bertukar. Frasa sejak akhir-akhir ini dan akhir-akhir ini, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Penggunaan sejak hanya berfungsi sebagai penanda waktu atau masa. Perkataan akhir-akhir ini merujuk kebelakangan ini.

Tatabahasa12.07.2011
yang manakah penggunaan yang betul? 1. Hidupnya berubah 360 darjah/ hidupnya berubah 180 darjah? 2. Perlukah tanda (,) sebelum perkataan 'kan' yang bukan imbuhan.1. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Ayat yang lebih tepat bergantung pada perubahan sama ada 360 atau 180 darjah yang hendak dinyatakan.

2. Dalam data kami, -kan merupakan imbuhan akhiran. Dalam penulisan kreatif (novel), penggunaan -kan yang bukan imbuhan selalu dijumpai. Penggunaan tersebut biasanya digunakan dalam dialog (bahasa percakapan), iaitu singkatan bagi perkataan bukan. Jika itu yang dimaksudkan, sebelum perkataan bukan hendaklah diletakkan tanda koma.
Tatabahasa15.11.2013
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan antara "naik turun" dan "berubah-ubah" bagi terjemahan perkataan "fluctuation"? Sila terangkan contoh penggunaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini. Terima kasih.Frasa "turun naik" dan "berubah-ubah" hanya kelaziman berbahasa sahaja, tiada apa salahnya. Kita boleh menggunakan kedua-dua frasa ini silih berganti mengikut konteks penggunaan dan ayat. Misalnya, 1. "Krisis ekonomi kini menyebabkan harga barang turun naik". Frasa "berubah-ubah" juga boleh digunakan dalam ayat 1. Ayat 2. Abu segan hendak turun naik tangga mahkamah itu. Contoh 2 menunjukkan frasa "berubah-ubah" tidak sesuai digunakan. Ayat 3. Hati Ahmat tidak berubah-ubah mengenai perasaan kepada Aminah. Frasa "naik turun" pula tidak sesuai menggantikan ayat 3 ini.  Terima kasih.Tatabahasa09.02.2015
Kegembiraan Rohana berubah menjadi setelah dia mendengar berita tersebut. A. muram B. kusam C. suram D. redup Apakah jawapan bagi soalan ini dan boleh berikan penjelasan bagi perbezaan muram,kusam,suram dan redup Terima kasihKesemua pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai untuk melengkapkan ayat yang diberikan. Perkataan muram, kusam, suram dan redup membawa makna yang hampir sama (sila rujuk Kamus Perdana Dewan). Cadangan ayat yang betul ialah "Kegembiraan Rohana sirna setelah dia mendengar berita tersebut"Tatabahasa23.06.2022
Tuan, saya selalu keliru dengan kata dari/daripada, seperti dalam ayat berikut yang manakah betul? (1)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARI mulut Adi tanpa disedarinya. (2)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARIPADA mulut Adi tanpa disedarinya. (3)Dia mahu mendengar sendiri DARI mulut Tina. (4)Dia mahu mendengar sendiri DARIPADA mulut Tina. (5)Madihah! Madihah! Panggilan DARI mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (6)Madihah! Madihah! Panggilan DARIPADA mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (7)"Kalau berubah bukan DARI hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah. (9)"Kalau berubah bukan DARIPADA hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah. (10)Berubah DARI perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (11)Berubah DARIPADA perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (12)Azeera duduk tidak jauh DARI mereka. (13)Azeera duduk tidak jauh DARIPADA mereka. (14)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARI hati yang ikhlas." (15)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARIPADA hati yang ikhlas." (16)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DALAM mimpinya. (17)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DI DALAM mimpinya. Terima kasih.Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan Madihah, Madihah! Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268.Tatabahasa19.05.2012
Mengapakah sesuatu perkataan itu berubah mengikut peredaran zaman ?
Sesuatu perkataan itu berubah mengikut peredaran zaman kerana kata dalam sesuatu bahasa itu hidup bersama-sama penuturnya. Penggunaan kata dalam sesuatu bahasa amat bergantung kepada masyarakat penutur atau penggunanya. Terdapat perluasan makna atau penyempitan makna berlaku setiap detik, hari, bulan, tahun, zaman dan sebagainya, mengikut konteks dan situasi kata bahasa itu dituturkan/digunakan. Pelbagai proses berlaku dalam perkembangan bahasa, termasuklah peminjaman dan penyerapan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia, kamus-kamus, glosari dan daftar istilah, buku-buku dan terbitan lain yang membekalkan maklumat tentang perkembangan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
Lain-lain16.11.2023
"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada/dari perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut." Tuan, yang manakah betul? Dari atau daripada?"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut."Tatabahasa25.06.2012
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.



Lihat selanjutnya...