Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Arab ke negeri China, Sampai ke China bertukar nama; Harap tuan saya terima, Sudahkah periksa keadaan bunga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Boleh juga belayar kapal, Patah galah apa galahnya? Boleh juga bertukar pakai, Kalau bujang apa salahnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Beruntung merapat kaban, Akan perapat bunga anggerik; Kalau untung suratan badan, Dapat bertukar bangsa yang baik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tengahlah malam mimpikan bulan, Mimpi dipagar bintang tujuh; Tengah malam mimpikan tuan, Mimpi bertukar kain di tubuh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kuda kami dari Membakut, Hendak mengejar Kinabatangan; Kalau cik adik berterus takut, Kita bertukar di tapak tangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut.
Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
     Tidakkah sehari rasa setahun?



Lihat selanjutnya...