Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Takrif

Sedang berkasih-kasihan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak, mengimbuh dengan kera.

Takrif

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seiring bertukar jalan, sekandang tidak sebau, seia bertukar sebut.

Takrif

Meskipun maksudnya sama tetapi caranya berlainan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Zaman beralih, musim bertukar.

Takrif

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lain teringat lain disebut; bertukar angguk dengan ilallah.

Takrif

Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. ilallah = hujung kalimat lailahailallah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah.

Takrif

Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Takrif

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
     Tidakkah sehari rasa setahun?



Lihat selanjutnya...