Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ZAKAT

Zakat berasal daripada perkataan Arab al-Zakah.

Al-Zakah dari segi bahasa bererti subur dan

bertambah.

UMUM
NEGARA

Negara ialah istilah yang bermaksud sesebuah

tanah air merdeka yang mempunyai nama dan

sempadan geografi yang tertakrif dengan jelas.

Bilangan negara merdeka telah bertambah

beransur-ansur sejak Perang Dunia II (19391945)

kerana lebih banyak tanah jajahan telah mencapai

kemerdekaan. Dari segi saiz, negara-negara di

dunia ialah daripada Vatican City, yang meliputi

44.0 hektar, sehinggalah Rusia, yang meliputi

17 075 400 kilometer persegi.

UMUM
SUSUT NILAI

Susut nilai ialah pengurangan nilai. Bangunan,

jentera, kenderaan dan harta-harta lain akan

susut nilai (nilai berkurangan) akibat penggunaan

ataupun kemalangan, kerana ia menjadi

bertambah usia, ataupun kerana adanya produk

baru yang lebih elok menggantikannya. Dalam

perakaunan, susut nilai dikira sebagai kos normal

yang berlaku dalam perniagaan. Istilah susut nilai

juga digunakan untuk menyatakan pengurangan

nilai atau kuasa beli yang disebabkan

peningkatan tahap harga domestik. Ini bererti

bahawa nilai mata wang sesebuah negara

menjadi lebih rendah secara relatif berbanding

dengan nilai mata wang negara-negara lain. Lihat

juga Pendapatan negara (Menentukan

pendapatan negara).

UMUM
ASBURY, FRANCIS

Asbury, Francis (17451816) ialah pemimpin

mazhab Methodist yang paling penting di

Amerika pada akhir tahun 1700-an dan awal tahun

1800-an. Di bawah pimpinannya bilangan

pengikut Methodist bertambah daripada

beberapa ratus orang hingga menduduki tempat

kedua selepas pengikut Baptis sebagai mazhab

Protestan yang terbesar di Amerika.

UMUM
METAMORFISME

Metamorfisme ialah rangkaian proses yang

mengubah bentuk batuan. Semasa metamorfisme,

saiz, bentuk dan susunan mineral dalam batuan

diubah suai. Hasilnya, mineral baru mungkin

terbentuk atau mineral yang ada mungkin

bertambah saiznya.

UMUM
KEJELEKITAN

Kejelekitan ialah daya yang menyatukan bahan.

Kejelekitan terhasil daripada tarikan yang ada

pada semua atom dan molekul terhadap satu

sama lain. Tarikan ini banyak berkurangan apabila

jarak di antara molekul sesuatu bahan bertambah.

UMUM
EKONOMI BIDANGAN

Ekonomi bidangan atau dikenali juga sebagai pulangan bertambah ikut bidangan ialah keadaan apabila kadar atau peratus pertambahan output melebihi kadar atau peratus pertambahan input.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
SWAN, SIR JOSEPH WILSON

Swan, Sir Joseph Wilson (18281914) ialah

ahli kimia, jurutera elektrik dan pereka Inggeris

yang terkemuka. Pada tahun 1860, dia mencipta

lampu elektrik yang menggunakan filamen karbon

dalam mentol kaca kosong. Pada tahun 1883, dia

mempatenkan lampu yang menggunakan filamen

yang bertambah baik yang dibuat daripada

selulosa.

UMUM
OSTEOSKLEROSIS

Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan

dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh

melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang,

atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa

yang dikenali sebagai tulang marmar atau

osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang

berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam

penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal.

Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang

mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang

membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak

mengalami anemia yang teruk.

Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi

rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal.

Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian

tulang akibat jangkitan atau tumor.

UMUM
MENGUMPUL BUKU

Mengumpul buku ialah hobi yang popular.

Orang mengumpul buku kerana beberapa sebab.

Ramai orang mengumpul buku kerana mereka

gemar membaca dan suka mengumpul barang.

Sesetengah pengumpul berminat kepada perkara

tertentu atau pengarang. Sesetengah orang

mengumpul buku kerana kecantikan buku itu.

Sesetengah orang pula mengumpul buku kerana

berharap buku mereka akan bertambah nilainya

dan menjadi pelaburan yang baik.

UMUM
Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
     Sedar-sedar bertambah dendam.



Lihat selanjutnya...