Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, Sedar-sedar bertambah dendam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi,tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Satu tiga golongan di dahi, Bertambah pula sojen di pipi; Kamilah tetap diam di sini, Kami tak dapat menahan pergi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sebentuk cincin dari suasa, Ikat permata bertambah cantik; Sudah tak bersudu oleh angsa, Barulah diberi kepada itik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kuda jahat selalu meragam, Makin diajar bertambah pandai; Bulan terbit terangkan alam, Bintang timur terangkan pantai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lalu ditaruh di atas peti, Terpandang oleh anak Cina; Bertambah mesra kasih di hati, Bolehlah berjalan ke mana-mana.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kenari burung sekawan, Ambil padi saya taburkan; Hati rindu bertambah rawan, Tempat mana nak saya hiburkan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Wak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang.
Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
     Sedar-sedar bertambah dendam.



Lihat selanjutnya...