Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tambah air, tambah sagu.

Takrif

Bertambah kerja bertambah pula upahnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Takrif

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya.

Takrif

Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Untut bertambah kulitnya.

Takrif

Orang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pisau tiada berbaja, makin dikilir bertambah tumpul.

Takrif

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah panas berbaju pula.

Takrif

Kesulitan yang bertambah-tambah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang rebah ditindih.

Takrif

Yang sudah miskin bertambah miskin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Diperluas parak, tidak disiangi.

Takrif

Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Si untut juga yang berkutil.

Takrif

Orang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Busut juga ditimbun oleh anai-anai.

Takrif

Orang kaya juga yang bertambah kaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
     Sedar-sedar bertambah dendam.



Lihat selanjutnya...