PeribahasaBertongkat tebu.TakrifBerjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerarak tidak berlari.TakrifBekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMacam orang biduk.TakrifOrang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai anak-anai bubus.TakrifKeluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit.TakrifSebagai kanak-kanak tingkah lakunya. gelinjang = mendompak-dompak; berulit = tidur bersama-sama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelangkah kaki kanan.TakrifSampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut.TakrifDi dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama.TakrifSuka bertolong-tolongan satu sama lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerek-berek laga siang, malam sekelelapan.TakrifDua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat. berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang.TakrifKeburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |