SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTatang puan tatang cerana, Batang berdiri rama-rama; Datang tuan datanglah nyawa, Mari duduk bersama-sama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama; Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJika tapah jangan mengikat, Kalau mengikat labuhkan dia; Jikalaulah kasih melayang surat, Kita melihat bersama-sama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeli pauh beli serbat, Makan bersama gula batu; Kalau jauh apa nak buat, Sama-sama menanggung rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak mandi bersama mandi, Mandi secedok sama sekawan; Hendak mati bersama mati, Hendak selorong sama sekapan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRibut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaik-baik belayar rakit, Tali biar panjang sama; Kasih sayang bukan sedikit, Kalau boleh mati bersama. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama |
|
Puisi |
---|
|
Tatang puan tatang cerana, Batang berdiri rama-rama; Datang tuan datanglah nyawa, Mari duduk bersama-sama.
Lihat selanjutnya... |
|