Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, saya ingin bertanyakan penggandaan kata majmuk kiasan. Bagaimanakah bentuk kata majmuk kiasan jika digandakan? Hanya perkataan pertama digandakan ataupun keseluruhan kata? 1. anak-anak emas @ anak emas-anak emas? 2. cakar-cakar ayam @ cakar ayam-cakar ayam? 3. berat-berat tulang @ berat tulang-berat tulang? dan sebagainya Terima kasih. | Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contoh perkataan ialah anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
"Fendi berat tulang. Justeru, dia disukai ramai." Adakah penggunaan perkataan "justeru" dalam ayat di atas gramatis? | Penggunaan "justeru" dalam ayat tersebut kurang tepat, sila rujuk laman web kami untuk melihat contoh penggunaan "justeru" dalam konteks yang betul. | Tatabahasa | 16.10.2014 |
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujur | Antara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my . | Lain-lain | 01.10.2006 |
Hi, Saya ingin bertanya, tanda koma sebelum "yang" adakah salah? cth ayat 1. jumlah berat badan anda, yang termasuk lemak dan tulang. 2. Berikan ganjaran kepada pelajar, yang mendaftar | Ayat pertama yang diberikan tidak gramatis dan pancangan "yang" tidak sesuai digunakan manakala ayat kedua ialah berikan ganjaran kepada pelajar yang mendaftar. | Lain-lain | 11.04.2018 |
|
|