Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berani buat berani tanggung, Jangan suka teragak-agak; Jangan bawa rasmi jagung, Makin berisi semakin tegak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari Isnin kucing berlumba, Orang Tambirat berkayuh; Berani jamin berani bawa, Di dalam surat mengata sungguh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa dulang nak mandi? Nak cuba bunganya; Berani buat berani mati, Nak cuba hati jantungnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Batu belah batu bertangkup, Hendak makan telur temakul; Dari awal saya tak takut, Berani tebang berani memikul.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa dalam Teluk Kemang, Saya berani tebar jala; Berapa ramai anak Demang, Saya berani membuang nyawa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berani

Puisi
 

Hari Isnin kucing berlumba,
     Orang Tambirat berkayuh;
Berani jamin berani bawa,
     Di dalam surat mengata sungguh.



Lihat selanjutnya...