Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sifat jantan gagah berani, Berani menjadi pelapis dada; Adat berjalan bertuah negeri, Negeri aman habis sengketa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berani buat berani tanggung, Jangan suka teragak-agak; Jangan bawa rasmi jagung, Makin berisi semakin tegak.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Hari Isnin kucing berlumba, Orang Tambirat berkayuh; Berani jamin berani bawa, Di dalam surat mengata sungguh.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Berapa dulang nak mandi? Nak cuba bunganya; Berani buat berani mati, Nak cuba hati jantungnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu belah batu bertangkup, Hendak makan telur temakul; Dari awal saya tak takut, Berani tebang berani memikul.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Berani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cukup berani anak singa, Cari makan di tengah laman; Niat hati mahu pakai bunga, Cuba-cuba masuk di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa dalam Teluk Kemang, Saya berani tebar jala; Berapa ramai anak Demang, Saya berani membuang nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berani

Puisi
 

Hari Isnin kucing berlumba,
     Orang Tambirat berkayuh;
Berani jamin berani bawa,
     Di dalam surat mengata sungguh.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
490

Do right and fear no man

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Berani kerana benar, takut kerana salah

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...