Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Perahu baru sembilan baru, Baru sekali masuk Melaka; Adik baru abang pun baru, Baru sekali bertentang mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal baru tembirang baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berjumpa mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal baru temburung baru, Baru sekali masuk Melaka; Adik baru abang pun baru, Baru sekali kenal biasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Temirang baru perahu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Abang baru adik pun baru, Baru sekali bertentang mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kereta baru lembu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berkenal biasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Air pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baru saja adik berkain, Adik berkain malam Jumaat; Bukan saya pandai bermain, Saya melangsung orang berhajat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baru datang dari Palembang, Satu adik satu abang; Cari tali jerat kumbang, Bunga di taman biar kembang.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.



Lihat selanjutnya...