Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah kalah baru berkubu.

Takrif

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Takrif

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Baru bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup.

Takrif

Belum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Baru bertatih hendak berlari, tersembam.

Takrif

Membuat pekerjaan yang lebih daripada yang tersanggup.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang.

Takrif

Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam baru belajar berkokok.

Takrif

Baru cukup umur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah lulus maka hendak melantai.

Takrif

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah merasa maka (= baru) santun.

Takrif

Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Teperlus maka hendak menutup lubang.

Takrif

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Takrif

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.



Lihat selanjutnya...