Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AWAN

Awan ialah jisim titisan air kecil atau hablur ais

halus yang terapung di udara. Awan putih gebu

yang terapung merentang langit biru, atau awan

yang berwarna-warni pada waktu matahari

terbenam merupakan sebahagian daripada

keindahan semula jadi. Awan juga memainkan

peranan penting bagi menentukan cuaca bumi. Air

yang mencurah turun daripada awan sebagai hujan

atau salji penting bagi semua bentuk kehidupan.

Awan boleh juga membawa kemusnahan, malah

ada kalanya kemalangan jiwa, apabila ia

menurunkan hujan batu atau tornado.

UMUM
KEBUK AWAN WILSON

Kebuk awan Wilson ialah alat yang menjadikan

laluan zarah subatom yang bercas elektrik boleh

dilihat. Ahli sains memeriksa laluan ini untuk

menentukan cas, jisim dan halaju zarah.

UMUM
KILAT

Kilat ialah percikan elektrik yang raksasa di langit.

Kebanyakan kilat yang kita nampak berlaku di

antara awan dengan bumi. Tetapi kilat juga berlaku

di dalam awan, di antara awan dengan udara

dan di antara dua awan. Apabila kilat berlaku di

atmosfera, tenaga elektriknya berserakan di udara.

Tenaga ini boleh merosakkan kapal terbang yang

terbang melaluinya, tetapi ia tidak menyebabkan

bahaya di bumi. Tetapi kilat yang menyambar bumi

boleh membunuh manusia atau menyebabkan

kebakaran.

UMUM
NEBULA

Nebula ialah awan zarah debu dan gas di

angkasa. Istilah nebula berasal daripada perkataan

Latin yang bermaksud awan . Ahli astronomi awal

menggunakan istilah ini untuk galaksi jauh di luar

galaksi dunia, iaitu Bima Sakti. Galaksi tersebut

dikenal sebagai nebula ekstragalaksi . Ia kelihatan

seperti tompokan cahaya yang kabur di celah-celah

bintang. Tetapi teleskop moden menunjukkan

bahawa nebula ekstragalaksi sebenarnya ialah

sistem bintang yang serupa dengan Bima Sakti.

UMUM
TINGGINYA MENYAPU AWAN

TINGGINYA MENYAPU AWAN, drama yang memenangi Hadiah Karya Sastera tahun 1975. Buku drama karya Malina Manja ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1978.

BUDAYAPenerbitan
ABERCROMBY, RALPH

Abercromby, Ralph (18421897) ialah ahli kaji

cuaca British. Bersama-sama seorang ahli sains Sweden,

dia mewujudkan pengelasan awan yang diterima

pakai oleh persidangan antarabangsa mengenai

struktur awan pada tahun 1896. Abercromby juga

mengelaskan cuaca kepada empat jenis arah

Selatan, arah Barat, arah Utara dan arah Timur. Setiap

pengelasan ini berkaitan dengan ciri-ciri cuaca di

Kepulauan Britain (British).

UMUM
LETUPAN DEBU

Letupan debu terjadi apabila awan yang sarat

dengan debu terbakar, menyebabkan pengeluaran

tenaga yang kuat. Letupan seumpama ini boleh

merosakkan harta benda dan membunuh manusia.

UMUM
KONTRAIL

Kontrail ialah garis halus awan yang terbentuk

di belakang kapal terbang di altitud tinggi.

UMUM
MEGHALAYA

Meghalaya ialah negeri kecil di utara India. Meghalaya bererti rumah awan. Cerun yang menghala ke selatan serta menghadap ke Bangladesh mendapat lebih banyak hujan dalam setahun daripada mana-mana tempat lain di dunia.

UMUM
API SAINT ELMO

Api Saint Elmo ialah kilauan yang mengiringi

keluarnya elektrik secara tetap daripada objek

tertentu. Ia terhasil semasa ribut petir atau pada

masa lain apabila awan berelektrik, wujud dan ia

boleh dilihat hanya dalam keadaan benar-benar

gelap. Pada masa dahulu, api Saint Elmo biasa

dilihat di sekeliling tiang kapal layar. Hari ini kita

kadangkala melihatnya di sekeliling kipas dan

hujung sayap kapal terbang yang melalui awan

berelektrik. Beberapa orang melaporkan ada

melihat api Saint Elmo di sekitar tanduk lembu.

Nama Elmo adalah daripada Erasmus . Saint Erasmus

dianggap sebagai saint pelindung pelaut-pelaut

Mediterranean.

Lihat juga Kilat (Bentuk kilat).

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan

Puisi
 

Awan berarak perlahan-lahan,
     Ditiup angin ke negeri Champa;
Hati sedih tidak tertahan,
     Ingin selalu hendak berjumpa.



Lihat selanjutnya...