Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putih mengandung awan, kelambaja mengandung hujan.

Takrif

Sesuatu yang belum pasti. kelambaja = awan hitam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulan mengambang dikandung awan.

Takrif

Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Malam berselimut embun, siang bertudung awan.

Takrif

Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.

Takrif

Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Siang berpanas, malam berembun.

Takrif

Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam berselimut embun, siang bertudung awan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan

Puisi
 

Awan berarak perlahan-lahan,
     Ditiup angin ke negeri Champa;
Hati sedih tidak tertahan,
     Ingin selalu hendak berjumpa.



Lihat selanjutnya...