Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Awan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Awan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Awan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang menembak sampai ke awan, Kain kuning dibuat baju; Dilambung ombak sampai ke awan, Lancang kuning bertambah maju.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung merpati selindung awan, Suka hinggap atas pintu; Dalam hati sangat rawan, Mulalah awak tunang aku.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan

Puisi
 

Awan berarak perlahan-lahan,
     Ditiup angin ke negeri Champa;
Hati sedih tidak tertahan,
     Ingin selalu hendak berjumpa.



Lihat selanjutnya...