Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Awan petang warna lembayung, Hari senja tampak berseri; Pesan abang sudah kujunjung, Tapi mengapa merajuk pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awan mendung tanda kan hujan, Guruh mendayu sayup sampai; Ingin kukunjung wajahmu tuan, Kerana malu janji kuungkai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awan merah tanda kan panas, Musim kemarau mulai datang; Jangan marah duduk berkipas, Hamba bergurau menguji abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awan berarak sebelah hulu Tanda hujan menjelang petang; Jangan diajak dinda bercumbu, Kita bukan bertunang-lanang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Awan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mencecah awan Gunung Daik, Pari-pari datang bertemu; Kalau berkawan pelajar terbaik, Dapat belajar menambah ilmu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan

Puisi
 

Awan berarak perlahan-lahan,
     Ditiup angin ke negeri Champa;
Hati sedih tidak tertahan,
     Ingin selalu hendak berjumpa.



Lihat selanjutnya...