Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah kentung buah kekati, Buah salak di dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Hantar talak anak orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan pergi ke Jeddah, Pergi dengan anak permaisuri; Kalau teringin hendak makan buah, Buah masak di ranting tinggi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tinggi bukit gunung Mak Buah, Anak pelanduk berlari-lari; Kalau dah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah padi masak sepenggal, Mari diketam anak Melayu; Buah hati selamat tinggal, Bukanlah kami membuang lalu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak kuda tepi gedung, Mari makan rumput rampai; Buah saya buah kedondong, Sampai lisut tak makan tupai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina membuat kebun, Buat pagar bersilang tiga; Buah masam buah di dusun, Buat jeruk dimakan juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak teruna menanam betik, Buah cempedak dalam raga; Apalah guna berwajah cantik, Kalau kurang budi bahasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak kodok tepi perigi, Buah rambai dalam baldi; Biar buruk rupa diri, Asalkan pandai mengambil hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Saya jauh beribu batu, Saya di sini dilupa jangan.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak buah

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Jeddah,
     Pergi dengan anak permaisuri;
Kalau teringin hendak makan buah,
     Buah masak di ranting tinggi.



Lihat selanjutnya...